Sijil Kulinari adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam Kulinari. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan :

  • Amalan sanitasi dan keselamatan di tempat kerja.
  • Pengenalan kepada bahan, alat dan pengurusan tempat kerja (dapur)
  • Melaksanakan teknik dan kaedah memasak yang betul, serta memenuhi standard industri
  • Menilai rasa, rupa, tekstur dan masa penyediaan terhadap produk hidangan yang telah siap
  • Proses penyediaan, menghias dan menghidang
  • Proses pelaksanaan kerja secara individu dan berkumpulan