Program ini direka adalah untuk memenuhi keperluan permintaan pelajar bagi kemahiran asas dan pengetahuan dalam bidang seni masakan dimana pelajar akan didedahkan kepada industri. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal di dalam semua bidang seni masakan yang mana kemudiannya memudahkan mereka untuk mendapat peluang pekerjaan dan kerjaya dalam industri makanan dan perkhidmatan. Melalui laluan pembelajaran dan tenaga pengajar yang kompeten, pencapaian dan potensi pelajar akan dapat ditingkatkan. Kursus ini menawarkan spektrum latihan penuh dari modul asas termasuk teori kemahiran masakan seperti industri perkhidmatan makanan, pengurusan restoran, pengurusan makanan halal serta pastri dan kuih.

Setelah para pelajar dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan asas, maka program ini akan memberi penekanan kepada kemahiran masakan peringkat lanjutan yang meliputi operasi masakan komersial, operasi makanan dan minuman, kebersihan makanan dan sanitasi dan pengurusan dapur.