Sijil Seni Visual Kreatif dibentuk untuk menggembleng kebolehan dan bakat pelajar berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi dalam pengkhususan menghasilkan produk cenderamata. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk membuat dan  memasarkan produk mereka sebagai langkah permulaan dalam bidang keusahawanan. Program ini menawarkan modul teras Asas Senireka, Sejarah Seni Kraf, Asas Rekabentuk Digital, Aplikasi Bahan dan Peralatan, Rekabentuk Visual, Rekabentuk Cenderamata dan Kraf Hiasan, Teknik dan Proses Batik Kontemporari, Teknik dan Proses Seramik Kontemporari, Asas Keusahawanan, Peragaan Produk dan Projek Akhir Visual Kreatif.

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kursus Pembangunan Diri dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini mampu menyahut cabaran dalam memartabatkan industri Seni Kreatif Negara.